Kalau hendak cerita pasal pinjaman peribadi di bank, sangat banyak bank yang menawarkan pinjaman yang menarik dengan kadar interest yang berbeza.
Kami di duitanda.com cuba untuk memberi tips dan cara untuk membuat loan di bank dan juga loan peribadi yang ditawarkan oleh pihak bank yang kami rasa anda patut pertimbangkan.
Disini kami senaraikan berberapa nama bank yang kami rasakan diantara yang terbaik dan juga yang agak senang untuk anda mohon.
Kali ini kami akan lebih fokus untuk mereka yang bekerja sebagai askar/tentera, polis , pekerja swasta, pelajar, peniaga dan juga untuk mereka yang bekerja sendiri.
Pinjaman Peribadi di Bank untuk Tentera
Untuk mereka yang bekerja sebagai anggota tentera banyak bank yang menawarkan loan peribadi untuk anda.
Diantaranya adalah Bank Rakyat dan anda juga boleh mempertingkan pinjaman yang terbaik ditawarkan oleh pihak AEON walaupun interestnya agak tinggi.
Pinjaman peribadi di Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-I Sektor Awam
Bank Rakyat menawarkan Pembiayaan Peribadi-I Sektor Awam.
Keterangan ringkas untuk pinjaman Bank Rakyat:
- Anda boleh Mohon sehingga RM200000
- Tempoh maximum bayaran adalah 120 bulan
- Kadar faedah/keuntungan adalah 4.54% p.a (kadar interest setahun)
Pinjaman peribadi di Bank – AEON ICash Personal Financing
Manakala AEON pulak mernawarkan pinjaman yang diberi nama AEON ICash Personal Financing.
Ringkasan AEON ICash Personal Financing:
- Anda boleh Mohon sehingga RM100000
- Tempoh bayaran pula adalah 84 bulan
- Kadar faedah/keuntungan 7.92% p.a ( agak tinggi jika dibandingkan dengan pinjaman Pembiayaan Peribadi-I Sektor Awam yang pihak Bank Rakyat tawarkan)
Pinjaman Peribadi di Bank untuk Polis
PEMBIAYAAN PERIBADI MCCM BAE PIBB UNTUK ANGGOTA POLIS
Pembiayaan peribadi Bai Al Enah MCCM PIBB dgn kadar serendah 4.95% setahun
Ringkasan pinjaman ini:
- Kadar keuntungan tetap 4.95% setahun
- Tempoh pembayaran balik adalah sehingga 10 tahun
- Peminjam akan mendapat 98% dari jumlah loan
- Tempoh kelulusan adalah diantar 7-14 hari
- BAGI MEREKA YANG CCRIS TAK LEBIH 3 BULAN
- CTOS TAK LAYAK UNTUK MEMOHON
SYARAT DAN KELAYAKAN PINJAMAN :
- Pemohon wajib berjawatan TETAP dan bekerja lebih dari 6 bulan
- Permohon ini Terbuka kepada semua negeri termasuk juga Sabah dan Sarawak
- Jumlah potongan gaji mesti tidak lebih 60% dari gaji
DOKUMEN BERIKUT DIPERLUKAN SEMASA MEMOHON
- Kad pengenalan 3 Salinan
- Kad kuasa utk PDRM 3 salinan
- 3 salinan slip gaji terkini 3 bulan
- surat pengesahan jawatan anda
Pinjaman Peribadi di Bank untuk Pekerja Swata
Untuk perkerja swasta pihak bank rakyat ada menawarkan loan yang diberi nama Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta.
Anda boleh cuba untuk memohon pinjaman ini.
Kemungkinan untuk lulus adalah agak tinggi.
Ciri-ciri pinjaman ini:-
- Jumlah pembiayaan adalah sehingga RM150,000
- Tidak perlu penjamin
- Perlindungan takaful disediakan untuk mereka yang perlukan
Maklumat lanjut boleh ke Bank Rakyat
Pinjaman peribadi di Bank untuk Pelajar
Keyword ini amat porpular di carian google.
Nasihat kami Adalah:
Selagi anda bergelar pelajar jangan buat pinjaman dimana2 syarikat pemberi pinjaman peribadi.
Ini kerana pihak bank TIDAK ada menyediakan pinjaman peribadi kepada para pelajar.
Kalau ada pun yang hendak bagi anda pinjam kemungkinan itu adalah along.
Tolong berhati-hati sekiranya anda ingin membuat pinjaman peribadi di syarikat pemberi pinjaman peribadi yang mungkin mengaku mereka adalah pemberi pinjaman yang berlesen.
Pinjaman Peribadi untuk Peniaga
Untuk anda yang berniaga pihak Bank rakyat ada juga menyediakan pinjaman khas untuk para peniaga.
PINJAMAN PERIBADI DI BANK #Pembiayaan Mikro-i ME2
Pinjaman tersebut diberi nama Pembiayaan Mikro-i ME2.
Untuk keterangan lanjut ana boleh hubungi pihak Bank Rakyat yang berdekatan dengan kediaman anda.
Loan untuk mereka yang bekerja sendiri
Anda boleh memohon pinjaman dari mana-mana syarikat perbankan yang berhampiran dengan anda.
Pastikan anda menyediakan dokomen berikut sebelum pergi ke bank.
Dokumen yang diperlukan adalah:
- Pendaftaran Perniagaan
- Penyata kewangan syarikat anda
- Akaun pengurusan – Penyata untung dan rugi
- Audited Account – Akaun yang telah diaudit
- Penyata Pendapatan anda (slip gaji) – ini diperlukan oleh pihak bank walaupun anda pemilik syarikat tersebut.
- Akaun Bank syarikat anda
Kesimpulan
Diatas adalah keterangan penting yang sepatutnya anda pertimbangkan sebelum membuat loan di mana-syarikat pemberi loan atau pihak bank.
Ini hanyalah rujukan asas sebagai persediaan sebalum anda memohon pinjaman.
BACA JUGA: PINJAMAN SEGERA ONLINE MALAYSIA | Loan Istimewa 2019 & 2020