PINJAMAN PERIBADI & CARA URUS DUIT ANDA

PINJAMAN PERIBADI DAN CARA TERBAIK MENGURUS DUIT ANDA DI MALAYSIA

6 tips berjimat di bazar Ramadan

Bulan puasa selalunya sinonim dengan bazar Ramadhan. Ramai yang pergi ke bazar nak beli juadah berbuka.

Tapi masih ramai yang membazir di bulan Ramadhan ini. Beli lauk pauk lebih daripada yang sepatutnya. Bukankah kita patut bersederhana?

Semak balik. Adakah lauk dan juadah berbuka kita selalu habis dimakan ataupun selalu kita buang begitu saja lepas waktu berbuka?

***

Antara yang korang boleh buat ialah;

#1 Senaraikan perbelanjaan

Senaraikan apa yang nak dibeli dekat bazar dan ikutlah perbelanjaan tu. Sebelum pergi bazar, niatnya nak beli 2 jenis lauk je. Tapi bila dah sampai dekat bazar, terus buat-buat hilang ingatan. Terus nafsu menguasai diri sendiri.

#2 Bawa duit paling minimum

Kalau boleh bawa duit cukup-cukup je. Bawa 30 ringgit je. Jadi, korang tak akan terboros berbelanja.

#3 Jangan pergi dengan ramai orang / orang yang suka berbelanja

Yang ni selalu buat kewangan kita barai. Kalau kita pergi dengan golongan yang suka beli juadah berbuka banyak ni kita pun rasa nak beli banyak jugak. Kalau kawan kita kiri kanan penuh dengan plastik makanan, kita pu rasa nak beli macamtu juga.

#4 Amalkan fikir 10 saat

Fikir sejenak kalau nak beli apa-apa barang yang tiada dalam senarai perbelanjaan kita tu.

Adakah habis nanti jika kita beli?
Adakah perlu beli?
Adakah harganya berbaloi?
Adakah boleh beli esok hari?

INFO DUIT ANDA>>>  20 tabiat buruk yang boleh merosakkan tabung simpanan anda

#5 Jangan lama-lama dekat bazar

Dah dapat semua yang kau orang rasa nak beli dalam perbelanjaan, janganlah tawaf lagi bazar tu. Nanti mula la nak beli apa yang korang rasa tak perlu.

#6 Catat perbelanjaan

Akhir sekali cubalah amalkan catat berapa wang yang korang habis dekat bazar tu. Nanti barulah korang sedar banyak kebocoran wang yang telah kau lakukan. Nak dekat raya barulah nak kenal erti penyesalan.

***

Ingatlah, cuba latih diri sendiri untuk kawal perbelanjaan pada bulan ini. Korang hanya melawan dengan nafsu. Tak kena bisikin syatian lagi dah barai berbelanja. Berbelanja serupa tiada hari esok.

Cuba bayangkan jika setiap hari habis 50 ringgit dekat bazar. 30 hari dah RM1500!!.

Bulan Ramadhan ni lah untuk kau orang belajar berjimat-cermat cermat. Tak pergi bazar tak apa. Tak perlu ikut arus perdana anak muda sangat. Nak ambil gambar up kat IG buat hashtag #DoneBazarRamadon lettew.

Kalau beli, habis makan tak apa la. Ini beli tapi buang macam tu je. Esoknya ulang lagi perkara yang sama. Kah!

Sumber : Amir Syahir