Pengenalan
DUIT ANDA- Panduan ini khusus untuk graduan muda.
Yang baru bekerja ataupun yang masih belajar di universiti.
Dah ada segulung ijazah dan bergaji, kau mula melangkah dalam kehidupan sebagai seorang yang lebih dewasa dan menguruskan kehidupan dengan pendapatan sendiri.
Pengurusan kewangan tidak diajar di universiti. Jadi, kau sendiri kena usaha untuk belajar.
Jangan sampai tersungkur di pintu muflis baru nak belajar.
Kau boleh memilih untuk bersuka ria, beli benda yang kau suka, beli kereta import mewah, pergi travel sana sini. Lepastu up gambar dekat Insta. Sebabnya nak rewards yourself. Apa guna ada gaji besar tapi hidup tak enjoy kan?
Kau seharusnya celik kewangan dan melabur di usia muda ini. Mungkin usaha kau tidak nampak sekarang, tapi hasilnya lagi 10-20 tahun akan datang.
Antara cara yang kau boleh buat adalah;
#1. Mulakan menabung.
Menabung itu mudah tetapi sukar untuk dibuat. Jika tak konsisten, gaji kau akan hilang entah ke mana.
.
#2. Buat tabung
kumpul Si Hijau (RM5) atau Si Oren (RM20) supaya dapat memupuk minat untuk menyimpan.
Bila tengok tabung dah banyak dengan Si Hijau atau Si Oren, mesti kau orang akan teruja. Nak belanjakan pun rasa sayang. Tak percaya, cubalah buat.
.
#3. Orang bujang
Masa kau bujang, kau mampu untuk menyimpan lebih banyak. 50%-70% daripada gaji.
Sebabnya kurang komitmen. Jangan asyik makan dekat kedai hipster je. Dah la makanan sikit, kenyang sekejap je. Ada GST pula tu.
.
#4. Buat bajet bulanan
supaya perbelanjaan tidak lari daripada yang sepatutnya. Jika kau orang gagal untuk merancang, kau orang merancang untuk gagal.
.
#5. Tak perlu nak berjalan-jalan ke luar negara
dengan awek sebab nak cipta kenangan indah bersama.
Tetapi menyimpanlah bersama untuk buat deposit rumah dan tabung perkahwinan. Lepas dah kahwin, bolehlah pergi berjalan sama-sama.
.
#6. Kena mula melabur
dalam instrumen pelaburan yang diyakini dan dijamin kerajaan secara konsisten.
Buat ASB Financing, unit amanah ataupun potongan ke Tabung Haji. Beli rumah di usua muda. Biar ada aset hartanah.
.
#7. Kau perlu tangguhkan kehendak.
Hidup di bawah kemampuan. Biarkan orang lain bergaya dan up to date.
Yang penting kau tahu pengorbanan untuk 5 tahun yang pertama ini akan buat dia senang untuk 30 tahun yang akan datang.
.
#8. Kau perlu kurangkan perbelanjaan
dan tambahkan pendapatan. Ada banyak cara untuk menambah pendapatan. Jual secara online, dropship, ejen takaful dan sebagainya.
.
#9. Jangan terus beli kereta import mewah
yang ansuran dekat RM1000 sebulan. Duit minyak kereta dah RM300. Habis dekat separuh gaji. Kau beli kereta ansuran murah, baki gaji dapat beli rumah.
.
#10. Gaji tinggi tak guna jika ada hutang yang banyak.
Ini tak, semua hutang kau bantai. Nak kahwin pun berhutang. Beli perabot, telefon pintar pun berhutang. Kurangkan hutang yang tak perlu.
Penutupan
Kau perlu tangguh nikmat hidup bila dia mula dapat gaji. Tangguhkan kehendak di usia muda. Kau kena amalkan ‘Delayed Gratification’.
Nafsu muda,
nafsu nak beli itu ini serupa tiada hari esok. Kehendak yang menggunung memang selalu wujud.
Tapi ingat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Ambil lah perlindungan takaful di usia muda.
Jangan pernah kata rugi je ambil sebab kau tak perlukan lagi.
Amalkan simpan dahulu sebelum berbelanja.
Bayar dulu diri sendiri sebelum habiskan duit gaji membeli belah.
Kejayaan sebenar dalam hidup
kau ialah memberi manfaat kepada orang lain, bukan sekadar kejayaan mendapatkan segulung ijazah. Ingat tu.
Kau boleh memperbaiki kesilapan suatu hari nanti, tapi orang yang bijak akan belajar daripada kesilapan orang lain.
Sumber : Amir Syahir