Apa itu Pelaburan ASB ?
Perkara pertama yang anda kena pastikan ialah anda sudah ada akaun bersama ASB (Buku ASB)(AMANAH SAHAM BUMIPUTERA).Jika masih tiada saya boleh uruskan untuk anda.
Apa itu Pelaburan ASB?
Jika anda sudah ada akaun ASB sudah tentu anda sudah mula melabur, tetapi ada juga yang setakat ada akaun sahaja tetapi tidak menyimpan dan melabur. Jadi disini saya akan bantu anda membuat pinjaman.
Tetapi sebelum itu jom lihat beza anda simpan duit sendiri setiap bulan dan anda mohon pinjaman;
Beza Simpanan Dengan ASB Loan/Roughly (Dividend;7.65+Bonus;1.15 set of last year)
Item | Simpanan Biasa/Bank
RM 180/Bln | Pinjaman ASB
RM 180/Bln |
Jumlah Tahun Pertama | RM 180 × 12 = RM 2,160 | Pinjaman tersedia RM 30,000 |
Keuntungan Hujung Tahun | RM 2,160 × 8% = RM 172.80 | RM 30,000 × 8% = RM 2,400 |
Selepas 25 Tahun | (2160×25)+(172.80×25)=
RM 58,320 | 30k+(2400×25)= 30k+60k
RM90++k |
Jika Bayar Guna Keuntungan. | – | RM 2,400 – RM 2,160 = RM 240 |
Insurans | Tiada/Terhad | Perlindungan Terjamin |
Item | Simpanan Biasa/Bank
RM 291/Bln | Pinjaman ASB
RM 291/Bln |
Jumlah Tahun Pertama | RM 291 × 12 = RM 3,492 | Pinjaman tersedia RM 50,000 |
Keuntungan Hujung Tahun | RM 3,492 × 8% = RM 279.36 | RM 50,000 × 8% = RM 4,000 |
Selepas 25 Tahun | (3,492×25)+(279.36×25)=
RM 94,284 | 50k+(4000×25)= 50k+100k
RM150++k |
Jika Bayar Guna Keuntungan. | – | RM 4,000 – RM 3,492 = RM 508 |
Insurans | Tiada/Terhad | Perlindungan Terjamin |
Item | Simpanan Biasa/Bank
RM 600/Bln | Pinjaman ASB
RM 600/Bln |
Jumlah Tahun Pertama | RM 600 × 12 = RM 7,200 | Pinjaman tersedia RM 100,000 |
Keuntungan Hujung Tahun | RM 7,200× 8% = RM 576.00 | RM 100,000 × 8% = RM 8,000 |
Selepas 25 Tahun | (7,200×25)+(576×25)=
RM 194,400 | 100k+(8000×25)= 100k+200k
RM300++k |
Jika Bayar Guna Keuntungan. | – | RM 8,000 – RM 7,200 = RM 800 |
Insurans | Tiada/Terhad | Perlindungan Terjamin |
Item | Simpanan Biasa/Bank
RM 1200/Bln | Pinjaman ASB
RM 1200/Bln |
Jumlah Tahun Pertama | RM 1200 × 12 = RM 14,400 | Pinjaman tersedia RM 200,000 |
Keuntungan Hujung Tahun | RM 14,400× 8% = RM 1,152 | RM 200,000 × 8% = RM 16,000 |
Selepas 25 Tahun | (14,400×25)+(1,152×25)=
RM 388,880 | 200k+(16,000×25)= 200k+400k
RM600++k |
Jika Bayar Guna Keuntungan. | – | RM16,000–RM14,400=RM 1600 |
Insurans | Tiada/Terhad | Perlindungan Terjamin |
Ok, jika anda pening tengok jadual diatas saya akan terangkan dalam bentuk ayat.
Kalau boleh tolong sediakan kalkulator sekali ya….
Apa itu Pelaburan ASB?
CONTOH
Setiap kali anda dapat gaji anda akan asingkan RM 291 sebagai simpanan anda,
Selepas setahun anda telah berjaya mengumpulkan RM 3,492,
Jika anda simpan didalam bank biasa duit itu tidak akan berganda,
Jika bersama ASB RM 3,492 itu akan menghasilkan lagi RM 279.36.
Tetapi dengan jumlah simpanan yang sama iaitu RM 291 sebulan anda boleh membuat loan untuk
RM 50,000.
Dengan adanya RM 50,000 didalam akaun ASB anda, Nilai itu akan menghasilkan wang tambahan sebanyak RM 4,000 setiap tahun.
Bayangkan berapa jumlah wang anda selepas beberapa tahun.!!!
Anda boleh guna kaedah yang sama bagi mengira lain-lain amount pinjaman didalam jadual diatas.
Apa itu Pelaburan ASB
PINJAM SENANG!!! NAK BAYAR BALIK MERANA!!!
Tapi jangan lupa ASB merupakan akaun pendapatan yang memberi anda pendapatan tambahan.
Jadi disini ada beberapa cara untuk anda membayar balik pinjaman anda;
Apa itu Pelaburan ASB
Sebagai contoh;
Anda baru bekerja tetapi ingin memohon pinjaman untuk RM 10,000 untuk pelaburan ASB anda,
Setiap bulan anda hanya mampu menyimpan RM 100 sahaja sebulan.
Jadi saya cadangkan anda untuk memohon pinjaman RM 10,000 dengan bayaran bulanan HANYA RM 58 selama 25 tahun.
Tapi 25 tahun satu tempoh yang panjang,
Jika anda ada anak baru lahir, dia mungkin sudah ada anak satu selepas 25 tahun :p
Persoalannya mampukan saya bayar selama itu???
Jawapannya sangat mudah, anda tidak perlu bayar selama itu menggunakan duit poket anda.
Apa itu Pelaburan ASB
Bagaimana???
Contoh nya kalau kita bayar RM 58 sebulan, Setahun kita telah membayar RM 692.
Sedangkan didalam akaun ASB anda telah ada RM 10,000 dimana ia akan menghasilkan tambahan RM 696.
Jadi, apa kata jika anda gunakan hasil dividen anda untuk membuat bayaran pinjaman anda.
Walaubagaimanapun saya nasihatkan kepada anda semua supaya anda tidak mengeluarkan dividen anda untuk 2,3 atau 4 tahun yang pertama dan ia akan berganda. Kerana tujuan anda membuat pinjaman adalah untuk melabur dan tujuan melabur adalah untuk mendapatkan keuntungan.
Anda hanya perlu bayar pada 2 atau 3 tahun pertama sahaja kemudian gunakan dividen anda untuk membayar pinjaman anda.
>>>Fakta Menarik Mengenai Compounding (Berganda) Dalam Pelaburan