Pelaburan

Semak Penasihat Kewangan Berdaftar Atau Tidak

Rate this post

Alhamdulillah, semakin ramai di kalangan kita yang semakin celik berkenaan ilmu kewangan. Dan ramai juga yang semakin terbuka untuk berjumpa dengan Penasihat Kewangan, bagi mendapatkan nasihat berkenaan kewangan. Berikut adalah cara Semak Penasihat Kewangan Berdaftar Atau Tidak.

Semak Penasihat Kewangan Berdaftar

Tapi ramai juga di antara kita yang sering keliru dalam mengenal seseorang penasihat kewangan. Ada satu kes di mana seorang klien menyangkakan beliau berjumpa dengan seorang Financial Planner, hakikatnya orang tersebut adalah seorang ejen Takaful yang mahu menawarkan produk Takaful kepadanya.

Luahan Hati Yang Kecewa

Lebih memburukkan keadaan, sekarang begitu ramai ejen-ejen yang menggunakan gelaran Financial Planner atau Islamic Financial Planner dalam kad bisnes masing-masing. Ini menambahkan lagi kekeliruan dalam masyarakat.

Sebenarnya ejen Insurans/Takaful, Unit Trust Consultant (UTC) mahu pun Financial Planner adalah orang yang berlesen di dalam dunia perkhidmatan kewangan di Malaysia. Jadi, kita boleh semak di laman sesawang badan-badan yang mengeluarkan lesen-lesen tersebut untuk mendapatkan kepastian.

Jom kita tengok cara nak semak samada seseorang Penasihat Kewangan itu adalah berdaftar, dan semoga kita mendapat khidmat kewangan dengan orang yang tepat:

1- Ejen Takaful berdaftar di bawah Malaysia Takaful Association (MTA)

https://sso.ism.net.my/MTAOARS/Enquiry/Search

INFO DUIT ANDA>>>  PELABURAN UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA : PRESTASI THE BEST UNIT TRUST TERBAIK MALAYSIA (ISLAMIC)
Semak Penasihat Kewangan Berdaftar

2- Ejen Insuran berdaftar di bawah Life Insurance Association of Malaysia (LIAM)

Semak Penasihat Kewangan Berdaftar

https://www.liam.org.my/index.php/customer-zone/know-your-agent

3. Ejen Insurans Am pula berdaftar di bawah Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)

Semak Penasihat Kewangan Berdaftar

https://oars.piam.org.my/aoars/pages/enquiry/search.aspx

4- Unit Trust Consultant (UTC) dan Private Retirement Schemes (PRS) Consultant perlu mempunyai lesen daripada Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM)

Semak Penasihat Kewangan Berdaftar

FIMM selangkah ke hadapan, dengan membolehkan kita memuat turun senarai penuh nama-nama ejen yang UTC dan PRS yang berdaftar.

Setakat Jun 2019, kita dapati bahawa terdapat:

  • 24226 ejen berdaftar sebagai PRS Consultant
  • 65347 ejen berdaftar sebagai UTC

5- Perancang Kewangan (Financial Planner) pula berlesen terus di bawah Securities Commission Malaysia (SC)

https://ers.seccom.com.my/public/Default.aspx?menu=1

6- Penasihat Kewangan (FAR) pula diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Boleh klik di bahagian List of Financial Advisers’ Representatives

Semak Penasihat Kewangan Berdaftar
Semak Penasihat Kewangan Berdaftar

Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mempunyai ruangan untuk kita Search, sebaliknya kita boleh muat turun fail yang menyenaraikan kesemua Penasihat Kewangan (FAR) yang berdaftar. Dan setakat Jun 2019, terdapat 828 orang yang berdaftar sebagai Penasihat Kewangan (FAR) dengan Bank Negara Malaysia.

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=relatedlink&pg=related_link&ac=269

Pastikan Berlesen Baru Berurusan-Semak Penasihat Kewangan Berdaftar

Sekarang dah tahu cara nak semak samada seseorang itu mempunyai lesen yang sah atau tidak, pastikan mereka ini berlesen sebelum nak berurusan dengan ejen Takaful, ejen UTC, ejen PRS, Perancang Kewangan atau Penasihat Kewangan. Maklumlah, bila mempunyai lesen yang sah; ini bagi memastikan mereka ikut peraturan dan undang-undang sedia ada. Kita pun rasa selamat jika hendak mendapatkan khidmat mereka.

Ditulis oleh Hanif Yahaya. Seorang perancang kewangan dan penasihat kewangan yang berlesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM). Beliau juga adalah pelajar terbaik Shariah Registered Financial Planner (ShRFP). Berpengalaman memberi khidmat nasihat kewangan individu dan korporat. Boleh hubungi beliau di hanifyahaya@financier.com

BACA JUGA>>>Pinjaman Segera Malaysia | Dapatkan Cash Dalam 2 Jam‎

Komen

Spread the love

Related posts

6 Caj Berbeza Yang Terdapat Dalam Pelaburan Unit Trust Malaysia

duitanda

Berapa Harga Rumah Yang Mampu Dimiliki?

duitanda

The Beginner’s Guide to Investing in Malaysia

duitanda

(5) Sebab Macam mana nak elakkan KWSP habis sebelum puas bersara?

duitanda

Kalau Ditakdirkan KWSP Tiada, Apa Kita Nak Buat?

duitanda

Walaupun dilantik sebagai pengedar kenderaan bermotor GAC, Kenanga Research menjangkakan Tan Chong Motor akan terus mencatat kerugian di Vietnam

duitanda

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy
DUIT ANDA