Pelaburan

Kadar OPR Kekal 3%, Maka Kadar Faedah Bank Juga Kekal

Rate this post

Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada 3.00 peratus.

Ekonomi dunia terus berkembang dengan sederhana. Keadaan pasaran pekerja di negara maju kekal kukuh, manakala permintaan dalam negeri di negara Asia terus menyokong pertumbuhan.

Walau bagaimanapun, penunjuk utama menjuruskan ke arah prospek ekonomi global yang tidak begitu menggalakkan dalam tempoh terdekat. Risiko ketara yang boleh menjejaskan pertumbuhan global juga masih wujud berpunca terutamanya daripada ketegangan perdagangan yang berlarutan.

Meskipun prospek dasar monetari yang kian longgar di negara ekonomi utama telah mula mengurangkan sedikit keadaan kewangan global yang ketat, ketidakpastian dasar yang semakin memuncak boleh membawa kepada volatiliti pasaran kewangan yang keterlaluan.

Ekonomi Malaysia meningkat pada kadar yang dijangkakan pada suku pertama 2019, disokong oleh faktor dalam negeri dan luaran.

Pada masa akan datang, pertumbuhan ekonomi akan disokong oleh permintaan dalam negeri, meskipun prestasi sektor luaran dijangka terjejas akibat pertumbuhan global yang semakin perlahan dan ketegangan perdagangan.

Perbelanjaan isi rumah dan pelaburan modal akan terus dipacu oleh keadaan pasaran pekerja yang stabil dan pengembangan kapasiti dalam sektor utama seperti perkilangan dan perkhidmatan.

Unjuran asas pertumbuhan kekal antara 4.3% hingga 4.8%. Namun begitu, unjuran ini adalah tertakluk pada risiko pertumbuhan menjadi rendah disebabkan oleh ketidakpastian yang berterusan dalam persekitaran global dan dalam negeri, ketegangan perdagangan yang semakin meruncing serta kelemahan yang berpanjangan dalam sektor berkaitan komoditi.

Meskipun inflasi keseluruhan kekal rendah dalam tempoh kebelakangan ini, kadarnya dijangka meningkat dalam bulan-bulan yang akan datang apabila luputnya impak daripada perubahan dasar cukai penggunaan.

INFO DUIT ANDA>>>  Theranos Berjaya Menipu Pelabur, Termasuklah 2 Orang Dalam Top 10 Bilionair Dunia

Secara keseluruhannya, pada tahun 2019, purata inflasi pada amnya dijangka stabil berbanding dengan tahun 2018.

Trajektori inflasi keseluruhan akan bergantung pada harga minyak sedunia dan langkah-langkah dasar seperti masa pemansuhan harga siling bagi harga runcit bahan api domestik.

Inflasi asas dijangka kekal stabil kerana disokong oleh kegiatan ekonomi yang terus berkembang dan ketiadaan tekanan permintaan yang besar.

Pada kadar semasa OPR, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong kegiatan ekonomi.

MPC akan terus menilai imbangan risiko terhadap prospek pertumbuhan dalam negeri dan inflasi untuk memastikan pendirian dasar monetari terus kondusif terhadap pertumbuhan yang berterusan dalam keadaan harga yang stabil.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Carilah Kadar Yang Terbaik

Ambil tahu berkenaan Kadar Asas Terendah, Kadar Pinjaman Asas Terendah dan Kadar Pembiayaan Efektif Indikatif untuk manfaat kita bersama.

SEMAK KELAYAKAN PINJAMAN ANDA

Spread the love

Related posts

“Boleh tak saya nak melabur dalam unit trust menggunakan KWSP?”- Ain

duitanda

(5) Sebab Macam mana nak elakkan KWSP habis sebelum puas bersara?

duitanda

UnionPay dan ERL Sertai “Kempen Penggunaan Pengangkutan Awam Tanpa Tunai”

duitanda

Walaupun dilantik sebagai pengedar kenderaan bermotor GAC, Kenanga Research menjangkakan Tan Chong Motor akan terus mencatat kerugian di Vietnam

duitanda

Apa itu Pelaburan ASB (AMANAH SAHAM BUMIPUTERA)

duitanda

The Beginner’s Guide to Investing in Malaysia

duitanda

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy