Pelaburan

6 Caj Berbeza Yang Terdapat Dalam Pelaburan Unit Trust Malaysia

5/5 - (1 vote)

Unit Amanah adalah salah sebuah pelaburan yang sangat popular di Malaysia. [Pelaburan Unit Trust Malaysia]

Berdasarkan statistik berakhir Mei 2019, jumlah aset pelaburan dana unit amanah adalah RM459.898 Billion iaitu kira-kira 26.63% daripada jumlah pasaran modal di Malaysia.

Pelaburan Unit Trust Malaysia
Pelaburan Unit Trust Malaysia

Secara asasnya caj-caj ini dalam pelaburan unit amanah ni boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu caj yang dikenakan secara langsung dan caj yang dikenakan secara tidak langsung.

Caj yang dikenakan secara langsung adalah caj yang dikenakan ketika proses jual beli saham unit amanah.

Ia terbahagi kepada 3 iaitu caj belian (sales charge), caj jualan (Redemption Charge) dan Caj Pertukaran (Switching Charge).

1. Caj Belian (Sales Charge)

Ini adalah caj dikenakan ketika setiap kali pembelian unit amanah dibuat.

Secara umumnya di Malaysia caj dikenakan antara 0-6.5% dari jumlah pelaburan yang dibuat. Ia berbeza mengikut aset kelas dan syarikat pengurus unit amanah.

Untuk unit amanah yang termasuk dalam Skim Pelaburan Ahli (SPA) Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja, caj belian menggunakan wang KWSP kebiasannya lebih murah seperti 3% berbanding menggunakan wang tunai.

2. Caj Jualan Pelaburan Unit Trust Malaysia (Redemption Charge)

Caj ini dikenakan ketika anda menjual semula unit amanah yang telah dibeli. Dalam bahasa mudah nya adalah caj ketika mahu tebus unit amanah. Sebahagian besar syarikat unit amanah tidak mengenakan caj ini.

INFO DUIT ANDA>>>  The Beginner's Guide to Investing in Malaysia

3. Caj Pertukaran Pelaburan Unit Trust Malaysia (Switching Charge)

Caj ini pula dikenakan apabila anda menukar dana saham unit amanah yang dimiliki kepada dana lain yang diuruskan oleh syarikat yang sama. Ada syarikat yang mengenakan caj RM 100 setiap kali pertukaran dan ada yang memberikan secara percuma.

Caj yang dikenakan secara TIDAK LANGSUNG adalah caj untuk membiayai kos operasi tadbir urus dana unit amanah. Ia dipotong terus daripada pulangan pelaburan setiap tahun. Kebiasaanya, pelabur tak sedar yang caj ini dikenakan ke atas mereka.

Caj seperti ini pula terbahagi kepada caj pengurusan (Management Charge), Caj Pemegang Amanah (Trustee Fee) dan caj-caj lain.

4. Caj Pengurusan Pelaburan Unit Trust Malaysia (Management Charge)

Inilah caj bagi membiayai kos operasi pengurusan dana unit amanah. Kebiasaannya, lagi tinggi risiko sesuatu dana unit amanah, semakin tinggi caj pengurusan kerana pengurus dana perlu bertindak lebih aktif.

Kadar caj adalah antara 0.25% hingga 1.85% dari aset dilaburkan (Asset Under Management).

5. Pemegang Amanah (Trustee Fee)

Ini adalah yuran yang akan dibayar kepada pemegang amanah. Di Malaysia, pemegang amanah lah yang memegang aset unit amanah. Pemegang amanah ini dilantik dari syarikat pemegang amanah yang BERBEZA dengan entiti syarikat pengurusan dana unit amanah. Ini memastikan integriti aset pelabur sentiasa terjaga.

Tidak seperti skim-skim cepat kaya, syarikat itu yang melaburkan wang anda dan syarikat itu juga lah yang memegang aset pelaburan anda.

6. Caj-Caj Lain

Caj-Caj lain adalah caj tambahan yang diperlukan untuk tadbir urus amanah seperti seperti yuran pengurusan panel shariah yang ada dalam dana-dana unit amanah patuh shariah.

Semua maklumat lengkap caj-caj dalam pelaburan unit amanah boleh diperolehi daripada prospektus dana. Ini adalah salah satu sebab mengapa The Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) dan Suruhanjaya Sekuriti mengalakkan bakal pelabur untuk membaca terlebih dahulu prospektus sebelum buat keputusan untuk melabur. Ini membolehkan anda tahu objektif pelaburan, sejarah pulangan, risiko dan caj-caj yang terdapat dalam sesuatu pelaburan-pelaburan unit trust Malaysia.

INFO DUIT ANDA>>>  Kadar OPR Kekal 3%, Maka Kadar Faedah Bank Juga Kekal

Selamat Melabur!

Ditulis oleh Hanif Yahaya. Seorang perancang kewangan dan penasihat kewangan yang berlesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM). Beliau juga adalah pelajar terbaik Shariah Registered Financial Planner (ShRFP). Berpengalaman memberi khidmat nasihat kewangan individu dan korporat. Boleh hubungi beliau di  hanifyahaya@financier.com

BACA JUGA 4 PRIVATE MONEY LENDERS IN THAILAND 

Komen

Spread the love

Related posts

Apa Itu Bon atau Sukuk?

duitanda

“Boleh tak saya nak melabur dalam unit trust menggunakan KWSP?”- Ain

duitanda

Kadar OPR Kekal 3%, Maka Kadar Faedah Bank Juga Kekal

duitanda

Kisah Pegawai Kerajaan Yang Berdendam Dengan Market FCPO

duitanda

6 Tips Penting Beli Rumah Subsale Secondhand

duitanda

Prestasi Top 20 Pegangan Skim ASB Dalam Bursa Malaysia Meningkat Bagi Setengah Tahun 2019

duitanda

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy
DUIT ANDA