Pengurusan kewanganPINJAMAN

JENIS JENIS PINJAMAN PERIBADI, PELAJARAN & KERETA

5/5 - (2 votes)

Aku rasa hampir semua kita pernah buat jenis jenis pinjaman peribadi dan juga pinjaman seperti Seperti pinjaman pelajaran, pinjaman peribadi dan juga pinjaman kereta.

Oleh sebab itu saya rasa saya nak cerita sikitlah berkenaan dengan jenis jenis pinjaman peribadi yang biasa kita buat.

JENIS-JENIS PINJAMAN-PERIBADI, PELAJARAN & KERETA
Photo VIA https://unsplash.com

Pinjaman peribadi adalah jenis pinjaman yang paling umum digunakan di Malaysia. Ia diberikan oleh bank dan institusi kewangan untuk membantu individu membiayai keperluan kewangan mereka, seperti pembelian barang, perbelanjaan peribadi, atau membayar hutang. Terdapat beberapa jenis pinjaman peribadi yang disediakan di Malaysia, dan setiap jenis mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri.

Pinjaman Peribadi Berjamin


Pinjaman peribadi berjamin adalah jenis pinjaman yang memerlukan jaminan dalam bentuk aset yang bernilai, seperti rumah atau kereta. Oleh itu, ia adalah pilihan yang baik untuk individu yang mempunyai aset berharga dan ingin meminjam wang dengan kadar faedah yang lebih rendah. Walaupun kadar faedahnya lebih rendah, ia memerlukan proses permohonan yang lebih panjang dan kompleks.

Pinjaman Tanpa Jaminan


Pinjaman peribadi tanpa jaminan tidak memerlukan jaminan dalam bentuk aset dan ia lebih mudah untuk dipohon. Kadar faedah untuk pinjaman ini adalah lebih tinggi kerana institusi kewangan menganggap ia sebagai risiko yang lebih tinggi.

Loan peribadi tanpa jaminan ini sesuai untuk individu yang memerlukan wang tunai dengan segera dan tidak mempunyai aset yang cukup bernilai.

Pinjaman Peribadi Kakitangan Kerajaan


Pinjaman peribadi kakitangan kerajaan adalah pinjaman yang diberikan kepada kakitangan kerajaan sahaja.

Kadar faedah yang ditawarkan adalah rendah dan proses permohonan adalah mudah.

Loan peribadi kakitangan kerajaan ini biasanya mempunyai had pinjaman yang lebih tinggi berbanding jenis pinjaman peribadi yang lain.

Pinjaman Peribadi Pekerja Swasta


Pinjaman peribadi pekerja swasta adalah pinjaman yang diberikan kepada individu yang bekerja di sektor swasta. Proses permohonan adalah mudah, tetapi kadar faedahnya agak tinggi.

Loan peribadi pekerja swasta ini biasanya mempunyai had pinjaman yang lebih rendah berbanding dengan pinjaman peribadi kakitangan kerajaan.

Pinjaman Peribadi Berbilang Bank


Pinjaman peribadi berbilang bank adalah jenis pinjaman yang membolehkan individu meminjam daripada beberapa bank pada satu-satu masa.

Ini memberi individu lebih banyak pilihan untuk memilih pinjaman yang terbaik dan terendah kadar faedah. Walau bagaimanapun, ia memerlukan proses permohonan yang lebih panjang dan sukar untuk diperoleh.

Kesimpulannya, pinjaman peribadi adalah cara yang baik untuk memenuhi keperluan kewangan anda. Sebelum memilih jenis pinjaman yang sesuai, pastikan anda mempertimbangkan keperluan anda dan membaca terma dan syarat dengan teliti.

PINJAMAN – BANK PERDAGANGAN [Jenis Jenis Pinjaman Peribadi]

Ada pelbagai jenis institusi kewangan di Malaysia. Diantaranya adalah Bank Perdagangan.

Kebanyakan orang akan menggunakan produk atau perkhidmatan bank perdagangan untuk menjalankan @ membiayai aktiviti harian mereka.

Sepertimana yang kita tahu bahawa Bank adalah merupakan institusi perbankan yang diberi lesen oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank2 inilah yang akan memberi kita pinjaman peribadi mahupun pinjaman lain seperti pinjaman kereta atau pinjaman rumah.

INFO DUIT ANDA>>>  Pinjaman berlesen Kuala Lumpur (KL) [Pinjaman peribadi & perniagaan]

Tak kiralah you nak buat pinjaman peribadi, pinjaman rumah ataupun you nak buat loan kereta.

Pemberi pinjaman berlesen

Pemberi pinjaman berlesen ini mendapat lesen operasi dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menawarkan pinjaman kepada orang awam.

Walau pun begitu , ianya berbeza dengan institusi kewangan, mereka tidak boleh menerima deposit.

Biasanya mereka akan menggunakan nama syarikat pemberi pinjaman peribadi.

Contoh : Syarikat Pemberi Pinjaman Peribadi ABC.

Anda boleh saja membuat pinjaman dari syarikat ini kerana mereka ini menjalankan perniagaan yang sah.

Tapi interest yang akan dikenakan lebih tinggi jika dibandingkan dengan kadar interest yang dikenakan oleh pihak bank.

Andaikata permohonan pinjaman anda susah sangat hendak lulus dari pihak bank maka pergilah ke syarikat pemberi pinjaman yang berlesen ini.

Semak dahulu dengan pihak berkuasa status syarikat tersebut sebelum berurusan dengan mereka.

Pemberi Pinjaman Peribadi TIDAK BERLESEN

 jenis jenis pinjaman berlesen
jenis jenis pinjaman peribadi : Gambar hiasan

Kali aku nak cerita sikit berkenaan dengan pemberi pinjaman peribadi yang tak ada lesen ni.

Ramai dah jadi mangsa diorang. Pinjam RM1000 kena bayar sampai berpuluh ribu ringgit.

Mereka ini menjalankan perniagaan dengan tak ada lesen, maka mereka tak terikat pun dengan peraturan dan tak terikat dengan akta.

Undang2 atau perjanjian mereka sendiri yang buat. Dan tentu lah perjanjian pinjaman tersebut berat sebelah.

Dengan kata lain mereka ini lah lintah darat yang akan menghisap darah mereka yang berurusan dengan mereka.

Cara nak kenal diorang ni senang saja. Biasa mereka tidak ada office.

Mereka akan berurusan dengan anda di kedai-kedai kopi, ataupun dimana sahaja yang mereka telah tetapkan.

Kalau adapun pejabat, diorang ni akan berpindah randah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mencari mangsa.

Nasihat saya kepada mereka yang nak cari tempat loan tak kiralah nak buat loan apa-apa pun rejuk dengan pihak berkuasa tempatan.

Semak nama syarikat tersebut samada berdaftar ataupun tidak. Sebab kalau kita percaya dengan lesen yang dia orang gantung kat pejabat tu berkemungkinan lesen tersebut adalah palsu.

Jenis Jenis pinjaman

Kalau disebut jenis-jenis pinjaman peribadi banyak jenis pinjaman yang kita boleh mohon dari pihak bank atau dari syarikat pemberi pinjaman yang berlesen di Malaysia.

Tapi kai ini aku nak fokus kepada 3 jenis pinjaman ini. Iaitu pinjaman pelajaran, pinjaman peribadi dan juga pinjaman kereta.

Jenis Pinjaman Pelajaran [Jenis Jenis Pinjaman]

Jenis Pinjaman Pelajaran
Jenis Pinjaman Pelajaran [Jenis Jenis Pinjaman]

Loan Pelajaran ini dibuat oleh pelajar yang menyambung pengajian ke peringakat yang lebih tinggi seperti ke Kolej2 dan juga Universiti.

Loan pelajaran ini biasanya akan diberikan kepada pelajar oleh kerajaan ataupun agensi2 kerajaan.

Ada juga organisasi swasta yang menawarkan pinjaman pelajaran ini bagi memberi kemudahan kewangan kepada para pelajar untuk menampung pembiayaan pengajian mereka.

Biasanya pelajar sekarang akan memohon pinjaman dari pihak PTPTN dimana kadar caj faedahnya agak rendah jika dibandingkan kadar caj faedah yang dikenakan oleh pihak bank.

Para pelajar yang membuat pinjaman pelajaran ini akan membayar pinjaman mereka setelah mereka mendapatkan pekerjaan setelah tamat pengajian nanti.

Dana yang mereka bayar inilah yang akan digunakan untuk membiayain pelajar yang baru masuk pengajian tinggi kelak.

Maka nasihat kami untuk bekas peminjam PTPTN sila tunaikan amanah yang PTPTN telah berikan kepada anda. Bayarlah pinjaman tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan.

INFO DUIT ANDA>>>  BANTUAN WANG DUIT SEGERA ONLINE- SEMAK KELAYAKKAN ANDA

Jangan lari dari hutang anda! Tanpa pinjaman PTPTN anda berkemungkinan tidak akan berjaya menamatkan pengajian anda!

Jenis Jenis Pinjaman

Secara ringkasnya pinjaman peribadi ini adalah untuk kegunaan peribadi sahaja.

Biasa mereka yang membuat pinjaman peribadi ini adalah untuk kegunaan peribadi seperti hendak membeli barang-barang tertentu seperti telefon bimbit, belanja kenduri kahwin dan juga hendak pergi melancong DLL.

Cara hendak memohon pinjaman ini adalah sangat senang dan cepat. Oleh sebab itu jenis pinjaman ini yang paling mendapat sambutan dari para peminjam di negara kita.

Tambahan pula pihak bank tidak minta cagaran dan tanpa sebarang penjamin.

Oleh sebab itu pihak bank akan mengenakan kadar faedah yang agak tinggi kepada peminjam [caj atau faedah berbeza diantara bank].

Nasihat aku: Sila tanya diri anda dulu..sama ada anda benar2 perlukan pinjaman ini. Pastikan juga anda boleh membayar ansuran bulanan nya kelak.

Pinjaman Kereta [Jenis jenis pinjaman]

Adalah menjadi keinginan ataupun target sesorang itu memiliki kenderaan sendiri seperti kereta ataupun motorsikal.

Dapat saja pekerjaan maka kita teringin untuk mempunyai kereta sendiri.

Tetapi jarang sekali kita melihat orang membeli kereta secara tunai. Kebanyakan diantara kita akan memohon pinjaman kereta dari pihak bank.

Pinjaman ini dikenalai sebagai Pinjaman sewa beli ( Hire Purchase).

Secara ringkas nya pinjaman kenderaan ini adalah anda akan menyewa kenderaan dari pihak bank dan pihak bank pula akan menjadi orang yang mempunyai kenderaan tersebut (tuan punya kereta).

Anda sebagai penyewa mesti membayar ansuran bulanan kereta tersebut mengikut perjanjian sewa beli yang telah dipersetujui diantar anda dengan pihak bank.

Kereta tersebut akan menjadi milik anda selepas semua ansuran bulanan telah anda bayar kepada tuan punya kereta itu (Bank) mengikut berapa tahun.

Sebagai contoh anda membayar sewa bulanan sebanyak RM500 sebulan dan jangka masa sewaan yang anda buat adalah 9 tahun.

Maka anda perlu membayar sewaan tersebut setiap bulan selama 9 tahun atau selama 108 bulan.

Contoh pengiraan jenis jenis pinjaman kereta

Contoh pengiraan jenis jenis pinjaman kereta
Contoh pengiraan jenis jenis pinjaman kereta

Lihat contoh di bawah bagi pinjaman sebanyak RM 45,000 pada kadar faedah 3% untuk tempoh 9 tahun.

Kadar faedah : RM45,000 X 3/100 = RM1,350/setahun

Maka kadar faedah untuk 9 tahun: RM1,350 X 9 tahun = RM12,150

Jumlah Pinjaman: Jumlah loan + jumlah faedah = RM45,000 + RM12,150 = RM57,150

Jumlah ansuran bulanan : RM57,150 / 108 bulan = RM529.16 sebulan

Sebelum anda bersetuju menantangani perjanjian sewa beli maka perkara perkara berikut harus anda semak:

  1. Semak semua benda yang tertulis pada dokumen sewa beli tersebut.
  2. Bincang dengan pihak bank dahulu berkenaan dengan kadar caj dan juga kadar interest yang pihak bank kenakan.
  3. Tanya sebanyak mana soalan yang mungkin anda kurang faham dalam dokumen sewa beli tersebut.
  4. Kalau dokumen perjanjian dalam BI suruh pegawai bank terjemahkan ke bahasa Melayu.

BACA JUGA BANTUAN WANG DUIT SEGERA

Pinjaman peribadi Bank yang mudah buat pinjaman peribadi Pinjaman peribadi rhb Pinjaman peribadi aeon Pinjaman peribadi maybank. pinjaman peribadi Pinjaman peribadi pantas Pinjaman peribadi online Pinjaman peribadi swasta

Personal loan RHB Personal loan Bank personal loan calculator Personal loan Public Bank Personal loan CIMB Personal loan Bank Islam Personal loan BSN loan online Malaysia Maybank housing loan Public Bank housing loan interest rate CIMB housing loan BSN housing loan calculator Home loan calculator Housing loan calculator Maybank Mortgage loan meaning

SENARAI SYARIKAT PINJAMAN PERIBADI

Spread the love

Related posts

15 PERSONAL LOANS COMPANIES IN NEGERI SEMBILAN [BEST REVIEWS]

duitanda

8 Syarikat Pinjaman peribadi di Perak [Taiping Ipoh Teluk Intan & Sitiawan] Pinjaman Wang Berlesen

duitanda

PINJAMAN EASY-LOAN RHB BANK | RHB PERSONAL EASY LOAN

duitanda

Semakan Pinjaman Hong Leong Bank: Memeriksa Status Permohonan dengan Mudah

duitanda

3 CARA BUAT PINJAMAN MAYBANK | Maybank Personal Loan

duitanda

Cara Konsisten Simpan Duit: Tips dan Trik Terbaik

duitanda

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy
DUIT ANDA