Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam video ini, saya kongsikan 5 perkara yang perlu anda semak sebelum menandatangani perjanjian pinjaman kereta.
Bagi anda yang ingin mengetahui tentang insurans autolife, anda boleh klik pautan di sini: __________________________________________________________________ Ikuti laman web dan blog saya di bawah: Laman Web: Blog: Ikuti saya di media sosial di bawah: Facebook: Instagram: Youtube: Tiktok: #princeshwan #caragreement #carloan
CREDIT UNTUK SUMBER VIDEO
Jangan Tandatangani Perjanjian Pinjaman Kereta Sebelum Semak 5 Perkara Ini
Sebelum menandatangani perjanjian pinjaman kereta, pastikan anda menyemak 5 perkara penting ini. Artikel ini memberikan panduan terperinci untuk melindungi kepentingan anda dalam urusan pinjaman kereta.
Ketika anda berada dalam proses membeli kereta, perjanjian pinjaman kereta adalah satu aspek yang tidak boleh diambil ringan. Tandatangan perjanjian tersebut tanpa pemahaman yang jelas boleh membawa kepada masalah kewangan dan kesulitan yang tidak diingini.
Oleh itu, sebelum anda mengambil langkah penting ini, pastikan anda telah menyemak 5 perkara penting berikut:
1. Kadar Faedah Pinjaman
Salah satu faktor utama dalam perjanjian pinjaman kereta adalah kadar faedah yang ditetapkan oleh pihak kredit. Pastikan anda memahami kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman anda. Sesetengah pihak mungkin menawarkan kadar faedah yang lebih rendah, tetapi perhatikan juga syarat-syarat yang berkaitan.
2. Tempoh Bayaran Pinjaman
Semak tempoh bayaran pinjaman yang ditawarkan. Beberapa pinjaman mungkin menawarkan tempoh bayaran yang panjang tetapi pada kadar faedah yang tinggi. Pastikan tempoh pinjaman adalah sesuai dengan kemampuan kewangan anda dan rancangan masa depan.
3. Caj Penalti Pembayaran Awal
Sesetengah perjanjian pinjaman kereta mungkin mengenakan caj penalti jika anda membuat pembayaran awal. Ketahui dengan jelas berapa banyak yang anda perlu bayar jika ingin menyelesaikan pinjaman lebih awal. Ini penting jika anda merancang untuk melunaskan pinjaman lebih cepat.
4. Syarat dan Terma Tambahan
Semak dengan teliti syarat-syarat dan terma tambahan yang terkandung dalam perjanjian. Ini mungkin termasuk syarat insurans, penalti lewat bayar, atau sebarang terma lain yang boleh mempengaruhi kewangan anda.
5. Semakan Dokumen Pinjaman
Sebelum menandatangani perjanjian, pastikan anda membaca dan memahami semua dokumen yang berkaitan dengan pinjaman kereta. Jangan ragu untuk bertanya kepada pihak kredit jika terdapat sebarang kekeliruan atau ketidakjelasan.
Dalam kesimpulannya, menjalani semakan menyeluruh sebelum tandatangan perjanjian pinjaman kereta adalah langkah bijak untuk melindungi diri anda dari masalah kewangan pada masa akan datang.
Dengan memahami dengan jelas semua aspek perjanjian, anda dapat membuat keputusan yang lebih baik untuk masa depan kewangan anda. Jadi, pastikan anda tidak tergesa-gesa dan melakukan semakan menyeluruh sebelum membuat keputusan yang penting ini.
Down payment byar bila sir
Salam tuan saya nak tanya kalau saya tukar kereta perodua kepada proton perlu sign aggrement semula ke..sebab pihak bank tak beritahu saya utk sign agrement semula..
tuan mna lebih baik ambi loan panjang atau pendek..?
1. kadar interest
2. bayaran auto life insurance
3. bayaran first advance
4. dokumen yang perlu
5. agreement mengikut kereta atau tidak
ncik ,kami tinggal di Selangor ,ank tertarik kereta di Johor ,baru jer submit dokumen .Jika loan lulus ,cmna nk deal :
1. test drive
2. sign aggrement boleh ker dealer usedcar dtg ke Selangor sebagai wakil pihak bank ?
3. pnghantaran kereta ke Selangor slalunya kena charges tak ?
bagus encik ni ..tiap soalan mesti encik ni jawab ..selamat maju & lebih berjaya buat encik ..Aamin YRA ❤
Salam tuan .. saya lulus loan dri Toyota capital kereta bezza 1.3 x Rm45774 – 7774 (depo) .. llus Loan 38k x 4.26% x 9 thn = 487.00 .. ok ke mcm ni tuan
Salam tuan nak tanya tuan saya dah lulus loan x50..tp tiba2 ubah fikiran nak tukar honda city.boleh ke minta pihak bank tukar model kereta tuan?ke terpakse cancel loan x50 tuan.andai kata dah cancel loan x50..mudah ke nak lulus loan untuk honda city tuan?sebab byk bank apply..maybank je sy lulus tuan
Salam.. tuan saya baru saja sign agreement dgn bank cimb tapi kereta belum dapat.. adakah saya perlu bayar advance paymy..
Assalamualaikum tuan saya mahu tanya tentang pembatalan loan kereta.. sekarang saya masih sangkut nak urus loan kereta disebabkan saller yang tidak bertanggung jawab submit dokumen dengan aeon tanpa persetujuan saya..sekarang saya mahu beli kereta dekat kuching tapi saller kuching mahu saya minta cancellation form dengan saller yang tidak bertanggung jawab tu..tapi saller tu buat bodoh saya suruh dia cancelkan loan dkt kedai dia..sampai saya kol aeon miri dorang sruh kol aeon kuching mintak form cancellation loan tu..sampai saya email dgn aeon dorang cakap bagitahu kedai tu yang saya cancel loan dkt kedai tu..saya banyak kali cakap sama saller tu sampai sekarang cancellation form belom dapat2 lagi..progress buat loan tergantung..saya perlu buat apa lagi ya..
Thanks for this video. Just nak tanya macam nak tentukan duration loan itu? contoh saya nak ambik loan 5 tahun je. Kena inform pegawai bank tersebut masa sign aggreement? Or perlu bagitahu S.A semasa nak apply loan?
Salam tuan. Nak tanya saya dah apply loan and dah approved tapi belum sign. then saya tukar fikiran tak nak proceed dg loan tersebut dan beli cash. Adakah boleh?
Bang nak tanya ,sy baru dh sign agreement bank pb .. pegawai bank tu ckp suruh sy buat pilihan auto ansurans & buka akaun baru pilih antara 1 .. sy pilih buka akaun baru .. jadi tak ada effek ke pada insurans kereta sy nanti
Assalammuiikum kalau sya dah sign agreement bank maybank kalau nk cancel boleh ke sbb selesman yang sya ambik tu kurang bagi resporn dan sasa tidak berpuas hati..sila membantu
Kalau saya sudah sign loan tapi belum bayar kereta depo, adakah loan diteruskn atau dibatalkan secara automatic?
Bape hari yee jpj proses register dan print geran???
KLU full loan adakah 1 sen pon kita tak akan bayar? Full loan lotek insuran tidak perlu bayar ke
Sya kurang faham. Contoh klau time sign agreement xnk ambil auto life boleh tak?
assalamualaikum tuan.. kalau nak bayar dp kereta baru..kena tggu loan lulus lepas tu tgk perjanjian. kalau okay dgn perjanjian baru bayar dp ke macam mana ue? kalau contoh kereta 60k dp 10k.. dalam perjanjian akan jadi 50k la kan tak termasuk interes.
Assalamualaikum nk tanya,
1.once loan lulus, betul ke 2/3 minggu tempoh diberi utk kita sain sebelum jdi invalid