Pengurusan kewangan

Apa itu Margin Pembiayaan ? (MOF)?

5/5 - (1 vote)

Apa itu Margin Pembiayaan ?

Kebiasaannya, untuk rumah pertama, ramai yang layak untuk dapat 90% margin pembiayaan.

Namun, ada sesetengah kes bila mohon pembiayaan dengan bank, mereka tak dapat 90% untuk pembiayaan perumahan.

Nak tahu lebih lanjut? Jom kita sama-sama hadamkan perkongsian Tuan Amir Syahir ni.

Apa itu Margin Pembiayaan ?

Mungkin ramai yang sudah tahu pasal MOF ni. Tapi sebagai ulang kaji, tak salah kan. Dulu, gua ingat MOF ni Ministry Of Finance je. Rupa-rupanya ada makna lain MOF ni.

Margin Of Finance (MOF) ataupun dikenali juga sebagai Loan To Value (LTV).

MOF dengan bahasa mudah ialah margin pembiayaan yang boleh diberikan oleh bank / institusi kewangan kepada kita yang kita mohon tu.

Jika bank menawarkan pakej MOF 90% pada hartanah bernilai RM150,000, ini bermakna bank akan membiayai sebanyak RM135,000.

Baki 10% ataupun 15,000 perlu disediakan oleh pembeli sebagai bayaran pendahuluan.

Ada juga yang dapat bawah 90% untuk margin pembiayaan perumahan kali pertama dan kedua. Kenapa? Sebab;

Nilai MOF untuk sesuatu pembiayaan perumahan boleh dapat rendah jika;

i. Status pajakan tanah: leasehold
ii. Lokasi: kawasan mudah banjir
iii. Nilai hartanah: murah
iv. Keadaan rumah: rumah rosak, usang

Selain itu, MOF akan berubah disebabkan;

i. Pembelian untuk pelaburan
ii. Lebih daripada 1 pembiayaan perumahan yang sedia ada.
iii. Pendapatan individu
iv. DSR (Debt Service Ratio)
v. Nilai hartanah & jenis hartanah
vi. Lokasi
vii. Umur pembeli

Dan banyak lagi faktor dalaman daripada pihak bank itu sendiri. Jadi, jika kau orang dapat 85%-80% untuk margin pembiayaan perumahan kali pertama, kau orang kena bersiap sedia.

INFO DUIT ANDA>>>  Kesilapan ORANG-orang MUDA Dalam Membuat Plan Kewangan

Kalau boleh kena ada simpanan dan modal lebih daripada kiraan. Kalau tak, unit yang kau orang berminat nak beli terpaksalah kau orang lepaskan. Oh lepaskan, lepaskanlah, rumah itu. Kakakaka.

Bank Negara Malaysia telah mengawal ketat nisbah MOF untuk pembiayaan perumahan bagi mengelakkan spekulasi yang tidak terkawal.

Jika seseorang itu mempunyai 2 atau lebih pembiayaan perumahan yang sedia ada, nisbah yang seterusnya akan dihadkan kepada 70% MOF sahaja.

***

Jadi, jika seseorang bekerja sebagai penjawat awam, dia boleh memiliki 3 buah rumah dengan MOF 90%.

Rumah pertama: 90% MOF (Bank)
Rumah kedua: 90% MOF (Bank)
Rumah ketiga: 100% MOF (Gov)
Rumah keempat: 70% MOF (Bank)

Jika suami isteri kerja kerajaan, lagilah best. Pehh Pehh Pehh. Sedap la membeli rumah.

***

Kenapa penting sangat MOF tinggi ni? Sebab utamanya kau orang tak perlu keluarkan duit poket sendiri. Tak perlu ada modal dan deposit rumah yang banyak.
.

Kalau nak mohon rumah ketiga dan rumah pertama sudah habis bayar, berapa MOF kita boleh dapat?

Ramai akan kata MOF 70% sebab dah ada rumah lebih daripada dua. Salah. Perlu ingat, MOF ni margin pembiayaan. Jika dah habis bayar, tak ada dalam CCRIS, MOF akan naik 90% balik la untuk rumah ketiga.

Perlu ingat;

Pembiayaan rumah pertama: MOF 90%
Pembiayaan rumah kedua: MOF 90%
Pembiayaan rumah ketiga: MOF 70%

MOF adalah untuk pembiayaan perumahan rumah pertama dan kedua sahaja. Jika dah habis bayar rumah pertama dan kedua, pembiayaan perumahan untuk rumah yang lain masa tu bolehlah dapat 90% MOF. Jelas?

***

Dah tahu bank hanya bagi 90% MOF dan lagi 10% tu tak reti-reti lagi nak menyimpan? Masih hisap vape? Masih beli tudung mahal tiap-tiap bulan? Masih gilakan sport rim dan modified kereta tiap kali dapat gaji? Masih beri seribu alasan? Bagus!

INFO DUIT ANDA>>>  6 tips berjimat di bazar Ramadan

Akhir kata, jangan cepat putus asa. Jangan mudah mengalah jika bank asyik tolak permohonan pembiayaan perumahan kau orang. Teruskan menimba ilmu untuk miliki rumah pertama. Kah!

Spread the love

Related posts

Tips Simpan Duit untuk Anda, Graduan Baharu!

Dr. Adam Zubir

Menjana Wang: Pengurusan Kewangan dan Belanjawan Tahun Ini

Naluri

7 Tips Simpan Wang Daripada Syafieqah A’lya

duitanda

Rekod CCRIS & CTOS Tak Cantik? Berikut ialah 8 Cara Membersih

Direct Lending

Permohonan Pembaharuan Lesen Kredit Komuniti

Ketahui Pendapatan AKTIF dan PASIF! (Mana Lagi Bagus?)

Dr. Adam Zubir

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy
DUIT ANDA