Pengurusan kewangan

7 usaha baiki kewangan jadi lebih baik

Rate this post

Untuk mencapai tahap kewangan yang baik dalam hidup memerlukan usaha dan juga pengorbanan. Kalau kau tengok orang yang dah berjaya, kau juga perlu tahu apa yang diorang dah buat untuk mencapai tahap tu.

Hasil kejayaan tidaklah datang bergolek ataupun turun daripada langit umpama titisan hujan. Dengan keringat, usaha dan pengorbanan akan hasilkan satu kejayaan yang hakiki. Peh bukan main sedap lagi saya serupa karangan SPM kan. Kakaka.

Antara usaha korang boleh buat untuk baiki ekonomi kewangan dengan;

#1 Tanamkan Niat

Percaya dan yakin pada diri sendiri yang kau boleh lakukan. Kalau bukan kau yang membaiki kewangan kau, siapa lagi? Takkan kau nak suruh jiran pulak tolong baiki kewangan kau.

#2 Tuliskan Matlamat dan Pelan Tindakan

Tulis matlamat dengan jelas, pelan tindakan, game plan dan perancangan kau untuk mencapai matlamat tersebut. Dapat bantuan seseorang yang boleh guide kau. Contohnya;

i. Nak ada RM17K dalam masa dua tahun.
ii. Nak langsaikan PTPTN dalam masa enam tahun.
iii. Nak ada deposit rumah RM15K.
iv. Nak hapuskan hutang peribadi.
v. Nak beli rumah

#3 Berusaha dan Bertindak

Teruskan berusaha secara konsisten ke arah matlamat kau tu. Jangan hangat-hangat tahi ayam je. Dalam berusaha, mesti banyak yang kau perlu korbankan. Biarkan. Ia berbaloi jika dapat mengubah nasib masa depan kau. Ada idea tapi tak bertindak, taguna juga. Langkah seribu batu bermula dengan langkah pertama. Tak gitu?

INFO DUIT ANDA>>>  Cara Membayar Hutang dengan Cepat Menurut Islam, AKPK, dan Along

#4 Monitor Perkembangan

Pantau perkembangan pelan tindakan kau. Contohnya matlamat kau nak ada deposit rumah RM15K dalam tiga tahun, Tahun pertama kau sepatutnya sudah ada RM5K. Kalau belum ada, menangislah dibawah shower sorang-sorang.

#5 Baiki Mana Yang Kurang

Nama lagi pelan tindakan dan perancangan. Mesti ada kekangan dan halangan semasa. Jadi, kau jangan jadi macam pembaris. Ubah sikit mengikut kesesuaian ekonomi semasa kau. Tapi jangan tersasar daripada matlamat asal.

#6 Berdoa dan Bersedekah

Berdoa kepada Tuhan supaya dipermudahkan segala urusan. Selalu berdoa murah rezeki tapi asyik mengumpat, kedekut nak bersedekah pun tak molek juga. Tidak akan jatuh miskin orang yang rajin bersedekah. Seimbangkan dunia dan akhirat. Pasti hidup kau aman.

#7 Cari dan Tambah Ilmu

Ilmu tu penyuluh hidup. Biar pakai baju lama tapi beli buku baru tiap tahun. Dapat update ilmu. Kau tu orang bagi ilmu free pun malas nak baca. Apatah lagi nak melabur sedikit untuk beli buku ilmiah. Majalah artis menggelupur pulak kau nak beli.

Hiduplah di atas bumi yang nyata. Bangunlah daripada lena yang panjang. Dunia ini tidak kejam tapi kau lah kejam dengan dunia kau sendiri.

Masa muda kau nak enjoy. Pergi travel sana sini, beli kereta import mewah mahal-mahal bagai ataupun buat hutang jahat je. Dah masuk umur 30 tahun barulah nak kenal erti penyesalan.

Lepas tu mula lah nak salahkan kerajaan inflasi tinggi la, mata wang Malaysia rendah lah, harga rumah mahal lah.

Jangan salahkan sesiapa. Salahkan orang lain tidak akan buat ekonomi kewangan keluarga kau kembali pulih. Berusahalah anak muda. Tangguhkan kehendak yang menggunung kau tu. Dan masa depan kau akan berterima kasih dengan pengorbanan kau sekarang ni. Kah!

INFO DUIT ANDA>>>  Cara Urus Duit dengan Bijak: Mengurus Kewangan Individu

Sumber : Amir Syahir

#AmirSyahir
#NotaKewanganASY

Comments

comments

Spread the love

Related posts

7 perkara JANGAN BUAT kalau nak KAYA!

Irfan Khairi

Jangan Tandatangani Perjanjian Pinjaman Kereta Sebelum Semak 5 Perkara Ini!!

Prince Rashwan

Apa itu Margin Pembiayaan ? (MOF)?

duitanda

TIPS & CARA | NAK ELAKKAN DIRI DARIPADA SIFAT BOROS BAGI BELIA REMAJA

ADD SYTE

Cara Urus Duit dengan Bijak: Mengurus Kewangan Individu

duitanda

Bahaya kalau beli rumah dua nama!

Otai Takaful

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy
DUIT ANDA