Pengurusan kewangan

30 tips mudahnya berjimat khas untuk anak muda

5/5 - (1 vote)

Jika korang tak mampu untuk tambah pendapatan, kau kenalah kurangkan perbelanjaan. Korang kena lah berjimat cermat dalam perbelanjaan.

Duit gaji yang dapat tu digunakan dengan betul. Barulah boleh menyimpan bakinya untuk kegunaan masa depan.

Antara korang boleh buat:

1. Baiki semua paip bocor. Jangan biarkan terus menitik. Setiap titisan merugikan. Bil air meningkat.

2. Basuh baju bila muatan penuh. Basuh sendiri lebih baik jika korang ada mesin basuh.

3. Bawa bekal ke tempat kerja. Kau kan masak sedap.

4. Berkongsi kereta ke pejabat. Hari ini kereta kawan kau, esok kereta kau.

5. Tanam sayur, cili di kawasan rumah. Tak ada tanah sebab duk rumah apartmen? Tanam cili dalam baldi, botol.

6. Masak di rumah. Tak reti masak? Beli lauk. Kau masak nasi putih kat rumah. Tak reti masak nasi? Astaga. Dah boleh bawa mengucap dah tu.

7. Berhenti beli majalah artis, akhbar dan majalah tentang kereta. Baca online sahaja.

8. Setakat nak pergi gym untuk bergambar depan cermin gym baik tak payah. Hentikan keahlian gym, pergi bersenam kat taman. Banyakkan angkat takbir daripada angkat dumbell.

9. Bandingkan dulu harga barangan yang hendak dibeli sebelum beli. Jangan awek promoter cun suruh kau beli terus kau beli.

10. Senaraikan barang dapur yang hendak dibeli. Tak de lah kau asyik ulang alik ke pasaraya je nanti. Jimat minyak kereta dan kos parkir.

11. Kurangkan wang dalam dompet. Maksimum RM200 saja.

12. Hari minggu pergilah masuk hutan lipur yang percuma daripada masuk pusat membeli-belah. Kalau haus, tak payah la beli air yang mahal. Takpun lepak kat rumah. Kemas rumah.

INFO DUIT ANDA>>>  Kesilapan ORANG-orang MUDA Dalam Membuat Plan Kewangan

13. Buat bajet dan patuhi peruntukan perbelanjaan. Jangan ada bajet tapi belanja serupa anak menteri.

14. Pakai sampai rosak, guna sampai habis. Beli barang terpakai bukan dosa.

15. Jangan beli kereta dulu jika masih belum berkahwin terutamanya lelaki. Merempit lagi nikmat.

16. Berhenti vape, merokok. Kos perubatan mahal. Kau dah la tak ada pelindungan takaful.

17. Sekali sekala naik pengangkutan awam. Ramai makwe lawa. Ada rezeki boleh minta nombor telefon dia.

18. Satu kad kredit Islamik had terendah sudah cukup. Tak payah bagi awek melting la ada kad kredit banyak. Orang bank call kau pulak menggelupur sawan.

19. Beli barang bila ada diskaun, masa ada buat tawaran, harga murah.

20. Beli kenderaan ansuran terendah. Beli Axia pun sampai juga ke rumah kau.

21. Melawat tempat yang percuma. Pergi lepak perpustakaan awam. Majalah artis pun boleh baca free situ.

22. Lepak kedai hipster, kedai kopi mahal, Kenny Roggers, Nandos sebulan sekali takpe. Jangan tiap minggu. Ingat, kau tu PTPTN tak habis bayar lagi.

23. Tiap bulan dapat gaji jangan gatal-gatal nak buka laman web Lazada, Zalora, shopping online bagai. Risau suami marah, post barang kat pejabat.

24. Hentikan siaran berbayar, Internet berkelajuan tinggi, WiFi jika tiap bulan aliran tunai asyik negatif.

25. Buat potongan terus ke Tabung Haji, ASB Financing untuk simpanan paksaan.

26. Sarapan pagi buat sendiri. Makan roti, biskut. Boleh alas sebelum makan tengahari. Don’t skip breakfast!

27. Bayar bil utiliti secara atas talian. Jimat masa tunggu giliran, kos minyak, bayaran parkir.

28. Tutup data Internet masa nak tidur, nak makan, download file besar bila ada wireless free je.

INFO DUIT ANDA>>>  10 tips panduan matlamat kewangan bagi anak muda

29. Bil telefon melambung tinggi? Tukar pelan je. Cari dan bandingkan pelan yang bagus tanpa tukar nombor telefon.

30. Tutup semua lampu, kipas bila tak guna. Janganlah biar terpasang sampai esoknya.

Apa langkah penjimatan yang korang tengah buat? Boleh tambah ye. Mungkin dapat membantu yang lain.

Tidak semua orang bijak menambah wang. Jika kita belum mampu untuk menambah wang, mulakan dengan berjimat-cermat dahulu.

Sebulan dapat jimat RM100 jadilah. Setahun dah RM1200. Boleh la beli barang keperluan pelajaran anak-anak.

Ada orang kata tak elok berjimat, nanti ekonomi negara tak membangun. Tapi, kalau kita tengah pokai, tak ada orang nak tolong kita.

Kalau kau tak tolong diri kau orang sendiri, jangan harap orang lain nak tolong kau. Kah!

P/S: Share jika manfaat. Terima kasih ?

Sumber : Amir Syahir

#AmirSyahir
#NotaKewanganASY

Comments

comments

Spread the love

Related posts

Cara Meningkatkan Skor Kredit Anda + 'Laporan Kredit' PERCUMA

Direct Lending

Cara Simpan Duit Untuk Anak Muda Walaupun Gaji Kecil

Direct Lending

Cara Daftar iSURI KWSP Untuk Suri Rumah

duitanda

JENIS JENIS PINJAMAN PERIBADI, PELAJARAN & KERETA

duitanda

Menjana Wang: Pengurusan Kewangan dan Belanjawan Tahun Ini

Naluri

Permohonan Pembaharuan Lesen Kredit Komuniti

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Privacy & Cookies Policy