PINJAMAN PERIBADI & CARA URUS DUIT ANDA

PINJAMAN PERIBADI DAN CARA TERBAIK MENGURUS DUIT ANDA DI MALAYSIA

Prestasi Top 20 Pegangan Skim ASB Dalam Bursa Malaysia Meningkat Bagi Setengah Tahun 2019

Tahun 2018 menyaksikan penurunan kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) merosot sedikit berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Prestasi Top 20 Pegangan Skim ASB Dalam Bursa Malaysia Meningkat Bagi Setengah Tahun 2019

Ini disebabkan prestasi FBMKLCI yang mencatatkan penurunan sebanyak 9.1% pada tahun lalu. Eh tahu ke tak, bahawa ASB banyak melabur di Bursa Malaysia? Jadi kalau pulangan daripada Bursa Malaysia tak berapa bagus, dividen untuk tahun itu pun terjejas sedikit.

Jadi bagaimana pula dengan prestasi saham-saham yang dilabur ASB bagi setengah tahun 2019 ini?

Sumber: The Edge dan Bloomberg

Alhamdulillah, ASB telah berjaya meraih penambahan nilai sebanyak RM1.7 bilion atau +2.30% bagi enam bulan pertama tahun 2019 ini.

3 penyumbang terbesar kepada peningkata ini adalah Sapura Energy, Velesto Energy dan Telekom Malaysia (TM).

Manakala 3 syarikat yang paling merosot pula adalah Asia File Corp, Sime Darby dan SP Setia.

2019 Adalah Petanda Yang Baik

Prestasi Top 20 Pegangan Skim ASB Dalam Bursa Malaysia Meningkat Bagi Setengah Tahun 2019

Kalau diikutkan, FBMKLCI telah mencatatkan prestasi terbaik setiap 10 tahun sekali, iaitu pada tahun 1989, 1999 dan 2009. Mungkinkah sejarah bakal berulang pada tahun 2019?

Boleh baca dengan lebih mendalam di Prestasi Tahunan FBMKLCI Dari 1982-2019.

Prestasi Terbaik IPO Setengah Tahun 2019

This image has an empty alt attribute; its file name is prestasi-ipo-jun-2019-table-baru-700x355.jpg

Memang terbaik prestasi IPO bagi tahun 2019 ni. Daripada 14 yang disenaraikan setakat pertengahan tahun 2019, 78.57% naik dalam masa sehari, dan 57.14% naik setakat 28 Jun 2019.

Jemput baca selanjutnya di Prestasi IPO Setengah Tahun 2019.